RUU355: akan dibentang bersama akta baharu – Timbalan Menteri
Kerajaan MADANI dijangka akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, RUU tersebut akan dibentang bersama akta baharu sebagai usaha memperkasa institusi kehakiman syariah.
“Proses secara teliti dan menyeluruh, beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan telah dibuat pada tahun 2023 untuk mendapatkan pandangan terhadap pindaan yang dicadangkan.
“Semasa Konvensyen Memartabatkan Perundangan Syariah di Malaysia pada 15 Julai 2024, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyatakan bahawa pindaan kepada akta ini hendaklah dibuat dengan teliti.
“Perkara berkenaan perlu dilakukan supaya ia menjadi satu dokumen yang kukuh, disepakati oleh semua negeri, mufti dan ulama,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis sebagai menjawab soalan dikemuka seorang Ahli Parlimen berhubung usaha membentangkan pindaan RUU355.
Sementara itu tambahnya, , bagi melakukan proses secara teliti dan menyeluruh, beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan sudah dibuat untuk mendapatkan pandangan terhadap pindaan yang dicadangkan.
BACA LAGI: Kerajaan Persekutan terbuka terima cadangan tambahbaik Akta Lompat Parti
“Kita akan meneruskan lagi sesi libat urus ini agar semua pihak memahami ia bukan usaha politik, tetapi demi memartabat dan mengangkat institusi perundangan dan kehakiman syariah di negara ini.
“Ini membuktikan kita mengambil kira untuk memberi penerangan mesti bersifat inklusif dan ia mesti merangkumi keseluruhan masyarakat,” katanya.