Semasa

Belanjawan 2025 teruskan agenda ‘keadilan pendidikan’ PM Anwar

Kerajaan MADANI membuktikan komitmen untuk mengukuhkan asas pendidikan negara dan menjayakan ‘keadilan pendidikan’ melalui Belanjawan 2025.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata usaha untuk menjayakan ‘keadilan pendidikan’ dilihat menjadi tumpuan utama kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah digerakkan sejak Belanjawan 2023 lagi.

“Belanjawan 2025 dilihat terus cuba untuk menggembleng usaha mengukuhkan asas pendidikan negara.

“Tiga tumpuan utama bagi sektor pendidikan negara di dalam Belanjawan 2025 jelas satu usaha kerajaan untuk mengukuhkan asas pendidikan.

“Tumpuan itu adalah penyediaan infrastruktur dan kemudahan sekolah yang lebih baik, menyediakan bantuan langsung kepada murid daripada keluarga miskin, dan memperkasa aliran TVET.

“Beberapa isu pendidikan negara yang kritikal seperti sekolah daif, penyelenggaraan kemudahan, keciciran pendidikan, dan jurang digital diharapkan dapat diselesaikan dengan peruntukan dari Belanjawan 2025,” katanya melalui satu kenyataan.

Sektor pendidikan yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025.

Kementerian Pendidikan (KPM) telah diberi peruntukan tertinggi sebanyak RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion ringgit tahun 2024.

Pada pembentangan Belanjawan itu juga Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan11 Pusat Permata baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik termasuk di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

BACA LAGI: KPM selesai isu pendidikan secara sistematik, holistik sejajar peredaran masa

Sementara itu Dr Anuar menegaskan, perkara penting selepas ini ialah memastikan keberkesanan pelaksanaan dan kecekapan sistem penyampaian sistem pendidikan negara.

Tegasnya, jika keberkesanan pelaksanaan dan sistem penyampaian pendidikan masih di takuk lama dan tidak dipertingkatkan, sukar untuk melihat kualiti pendidikan negara akan mengalami peningkatan dalam masa terdekat.

Related Articles

Back to top button