Semasa

PBT digalak mohon peruntukan untuk inisiatif bandar pintar – Menteri KPKT

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggalakkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini segera mengemukakan permohonan untuk inisiatif Bandar Pintar.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihak kementerian akan memantau progress inisiatif berkenaan berikutan peruntukkan RM15.1 juta diumumkan khusus untuk Bandar Pintar dalam Belanjawan 2025.

“Sebagai contoh, PBT boleh melaksanakan sistem lampu trafik Pintar berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengintegrasikan teknologi rumah hijau selain memasang panel solar untuk Tenaga boleh diperbaharui serta mentrasformasikan kalam takungan kepada taman rekreasi awam.

“Kesemua inisiatif ini kini dibuka kepada PBT untuk menghantar permohonan mereka,” katanya selepas menyempurnakan Konvensyen PBT 2024 di Petaling Jaya pada Sabtu.

Sementara itu tambahnya, Malaysia kini berada dalam landasan terbaik ke arah inisiatif Bandar Pintar.

Kuala Lumpur jelasnya kini melonjak 16 tangga dan menduduki tempat ke-73 dalam Indeks Bandar paling Pintar di dunia.

BACA LAGI: KPKT komited pastikan projek perumahan awam berprestasi unggul

“Namun, perjalanan Malaysia masih jauh untuk mencapai sasaran kedudukan 23 bandaraya paling Pintar di dunia dan masih ketinggalan jauh di belakang bandaraya seperti Zurich (1), Oslo, Norway (2) dan Singapura (5).

“Masih banyak perkara yang kita perlu lakukan, apa pun saya secara ikhlas optimis kita sedang progres dan bergerak perlahan ke arah itu,” tambahnya sambil memaklumkan akan mengadakan perbincangan bersama Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai sasaran KL untuk tahun depan dalam soal Indeks Bandar Pintar Dunia.

Related Articles

Back to top button