Semasa

Pendidikan mesti jadi medium tanam nilai murni – PM Anwar

Keseimbangan antara ilmu, nilai, dan akhlak adalah amat penting dalam dalam bidang pendidikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepentingan pendidikan yang bukan sahaja fokus kepada penguasaan ilmu, tetapi juga menerapkan nilai dan akhlak yang tinggi dalam golongan anak muda sekali gus dapat mewariskan generasi kepimpinan yang menegakkan kebenaran dan keadilan pada masa depan.

“Kerana banyak orang dapat ilmu tapi hilang nilai, hilang akhlak, ini yang hilang.

“Jadi, anak muda itu harus ditanam kecintaan kepada ilmu, dan kemudian… satu kecintaan kepada ilmu, keduanya dia kena faham dan nilai,” katanya pada program Temu Anwar di Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di Pulau Pinang pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Kounikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

BACA LAGI: ‘Jangan ketepi identiti dan budaya bangsa dalam kejar pembangunan’ – PM Anwar

Mengulas lanjut Anwar berkata, pendidikan harus menjadi medium pencerahan dan peluang untuk menanam nilai murni dalam diri pelajar.

“Bila kita bicara dengan prinsip, bicara dengan idealisme, bicara menolak rasuah, kerosakan… ini kerana daripada hati nurani. Dari diri kita sendiri, pancaran—cernaan dari hati nurani yang menginginkan yang kemudian terungkai diterjemah dalam bentuk amal dan ini disuarakan dengan lantang,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button