Semasa

RM141.72 pelaburan digital telah diluluskan kerajaan dalam tempoh 10 bulan lalu

Kerajaan MADANI sudah meluluskan pelaburan digital bernilai RM141.72 bilion dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024 dengan sebanyak 41,078 peluang pekerjaan diwujudkan dalam sektor sama.

Menteri Digital Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan Kementerian Komunikasi untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam ekonomi digital termasuk melalui kerjasama syarikat tempatan dan antarabangsa untuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia.

“Kementerian menetapkan bahawa pelaksanaan program dan inisiatif pendigitalan negara adalah mengutamakan pengukuhan infrastruktur digital, ketahanan siber dan juga pembangunan bakat digital.

“Tumpuan kita adalah untuk melihat bagaimana kita boleh menarik pelaburan, menarik lebih perhatian kepada Malaysia sebagai satu hab digital dan juga memberikan tumpuan supaya peluang pekerjaan baharu akan wujud di Malaysia bertujuan mendukung ekosistem baharu ini,” kata ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi kementeriannya pada Selasa.

Mengulas lanjut Gobind berkata, Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IR) ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR).

BACA LAGI: Selangor lahirkan 800 usahawan digital sepanjang tempoh setahun

“Buat masa ini, negara berada di Fasa 2 (2023 – 2025) apabila negara memberi tumpuan kepada usaha memacu transformasi dan inklusiviti digital dengan menitikberatkan inklusiviti dalam kalangan rakyat dan semua peringkat perniagaan.

“Fasa seterusnya 2026 – 2030 adalah untuk meletakkan Malaysia sebagai negara pengeluar pasaran serantau bagi produk digital dan penyedia penyelesaian digital,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button