Semasa

Nilai, Enstek berpotensi jadi Pusat Logistik Negara – Menteri Pengangkutan

Kawasan Nilai dan Enstek di Negeri Sembilan berpontensi dijadikan lokasi Pusat Logistik Negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Pusat Pengagihan Pintar Halal Beku Serantau (Smart RHDC) GOLOG di Nilai pada Sabtu beliau berkata, satu perbincangan telah diadakan dengan Menteri Besar Datuk Seri Aminudin Harun bagi merealisasikan hasrat itu.

“Memang ada perbincangan dengan Menteri Besar dan saya mencadangkan supaya di kawasan disediakan satu tapak khusus untuk sektor logistik.

“Jadi apa yang kita ingin cadangkan ialah di kawasan ini kalau boleh dapat disediakan satu tapak tanah oleh kerajaan negeri atau agensi bawah kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai satu Pusat Logistik Negara,” katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, kawasan Shah Alam dan sekitar yang kini menjadi tumpuan syarikat logistik sudah berada dalam keadaan sesak.

BACA LAGI: Pengendali pelabuhan mesti tingkat keupayaan, tarik pelabur

Tambahan lagi kawasan baharu yang dicadangkan itu mempunyai kelebihan memandangkan ia berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain berada dalam jaringan sistem lebuh raya yang strategik iaitu di tengah utara dan selatan.

.”Jadi ada banyak kelebihan di kawasan ini dan saya yakin kalau kerajaan negeri dapat sediakan tanah untuk konsep pusat logistik negara, sudah tentu akan dapat menarik banyak pelaburan dalam bidang ini,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button