Semasa

Pergerakan operasi ketika bencana, kesediaan aset bakal ditambah baik

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Atirah Sabu berkata, langkah itu berdasarkan pengalaman gelombang pertama yang menyaksikan air naik dengan cepat dan kritikal di Rantau Panjang.

“Kenaikan air sukar dijangka dan kritikal sehingga mengakibatkan balai bomba di daerah itu tenggelam.

“Pengalihan logistik dan pangkalan hadapan wajar dipindahkan daripada lokasi asal ke tempat lebih tinggi supaya koordinasi dapat dilakukan dengan lebih sistematik.,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Bilik Gerakan Banjir, Balai Bomba Tunjong di Kota Bahru pada Sabtu yang turut dihadiri Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisyam Mohammad dan Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan.

Sementara itu Aiman Athira turut menzahirkan pujian kepada anggota penyelamat yang jelasnya telah melaksana strategi teratur sehingga sehingga mampu melakukan operasi menyelamat bersama agensi lain walaupun banjir berlaku di luar jangka.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberi jaminan bukan sahaja pergerakan operasi akan dipertingkatkan.

BACA LAGI: Kerajaan umum bantuan RM400 untuk lebih 300,000 pekebun kecil terjejas banjir

Menurutnya, pihak kementerian juga memberi jaminanakan memastikan aset operasi melibatkan darat, air serta udara mencukupi.

“Pada masa yang sama, kita juga bersiap sedia menerima bantuan dari luar Kelantan. Selain kenderaan darat, kami menyediakan lima helikopter yang akan digerakkan sekiranya perlu bagi menyelamatkan mangsa termasuk membawa bekalan makanan,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button