Politik

Kongres KEADILAN 2024 dilangsungkan sebelum pada suku pertama tahun depan – Fahmi

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2024 yang sebelum ini ditangguhkan susulan banjir yang melanda beberapa negeri akan diajurkan semula sebelum suku pertama tahun hadapan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan parti itu, Fahmi Fadzil kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Kementerian Komunikasi ke Kampung Seri Bunian, Pontian semalam.

“Buat masa sekarang, kita faham untuk mengadakan kongres ketika ini tidak sesuai kerana ramai yang terkesan dengan bencana banjir.

“Namun KEADILAN tetap akan laksanakan juga kongres di Johor cuma ia akan ditentukan tarikhnya selepas monsun timur laut. Mungkin pada suku pertama tahun depan, selewat-lewatnya ia akan diadakan,” katanya dipetik.

Kongres Nasional KEADILAN 2024 dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Disember di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru manakala Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita ditetapkan sehari sebelum itu, di lokasi berbeza.

Parti itu pada 30 November lalu memutuskan untuk menangguhkan kongres berkenaan susulan kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri.

BACA LAGI: Fahmi hulur bantuan kepada 14 pengamal media terjejas banjir

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan.

Sementara itu menurut Fahmi, satu Kongres Khas bagi meminda Perlembagaan parti itu akan diadakan hari ini.

Related Articles

Back to top button