Anwar

Bukan hanya angka, kewangan Islam mesti ubah kehidupan rakyat – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Kejayaan kewangan Islam tidak seharusnya diukur semata-mata melalui keuntungan, sebaliknya perlu menjadi pemacu perubahan kehidupan rakyat dan kesejahteraan sejagat kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyampaikan mesej tersebut menerusi hantaran di Facebook selepas menerima Anugerah Tokoh Kewangan Islam Global 2025, yang disifatkan sebagai pengiktirafan kepada seluruh tenaga kerja yang menjadikan Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan bukan hanya pada angka tetapi pada kehidupan yang berubah.

“Sukuk hijau, platform digital, zakat dan wakaf semuanya wajar digembleng demi masa depan yang lestari dan inklusif,” katanya.

Anwar turut menekankan bahawa kewangan Islam perlu tampil sebagai peneraju, bukan sekadar mengikut arus, selari dengan aspirasi Maqasid Syariah yang menekankan keilmuan, keadilan dan perikemanusiaan.

“Kewangan Islam mesti terus ke hadapan dengan memimpin, bukannya sekadar mengikut arus, seiring dengan aspirasi Maqasid Syariah yang mengangkat keilmuan, keadilan dan perikemanusiaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menekankan keperluan melahirkan pemimpin beretika yang mampu memikul amanah dengan iltizam tinggi, demi memperkasa ekosistem kewangan Islam secara berterusan.

“Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh sistem ini dengan pelaburan dalam bakat, memperkemas regulasi dan memacu inovasi,” katanya.

Related Articles

Back to top button