AnwarNasional

Trump anggap Anwar ‘pemimpin sangat baik’

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji peranan Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik antara Thailand dan Kemboja, sambil menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “pemimpin yang sangat baik” dan “rakan penting” dalam usaha keamanan serantau.

Dalam temu bual bersama wartawan di pesawat Air Force One, Trump berkata Malaysia memainkan peranan besar dalam usaha damai berkenaan dan lawatannya ke Kuala Lumpur merupakan tanda penghargaan terhadap sumbangan negara ini.

“Salah satu sebab saya ke Malaysia ialah kerana mereka sangat banyak membantu dalam keseluruhan isu Thailand dan sebagainya. Saya beritahu pemimpin Malaysia, yang merupakan seorang pemimpin yang sangat baik, saya berhutang satu lawatan kepadanya,” katanya.

Trump dijadualkan memulakan lawatan lima hari ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan, menjadikannya perjalanan luar negara paling panjang sejak beliau kembali ke White House pada Januari lalu.

Lawatan ke Malaysia dijangka memberi tumpuan kepada kerjasama keselamatan serantau, perdagangan serta inisiatif keamanan Asia Tenggara, di samping menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Related Articles

Back to top button