Nasional

NOW Jadi Talian Hayat Mangsa Banjir Pahang

KUANTAN: Ketika banjir besar melanda Pahang dan ribuan penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), teknologi muncul sebagai penyelamat baharu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggerakkan inisiatif ‘NADI on Wheels’ (NOW) bermula 19 Disember 2025, menjadikan van digital bergerak sebagai talian hayat komunikasi mangsa.

Di PPS Bukit Setongkol, Kuantan, van khas itu dilengkapi sambungan internet berkelajuan tinggi melalui Satelit Starlink serta sistem solar mudah alih yang memastikan operasi tidak terjejas walaupun bekalan elektrik terputus.

Selain menyediakan Wi-Fi percuma, unit NOW turut menawarkan komputer riba, tablet dan projektor untuk kegunaan mangsa daripada urusan pekerjaan, pembelajaran dalam talian hinggalah komunikasi peribadi.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan mangsa kekal berhubung, memperoleh maklumat yang tepat serta dapat meneruskan urusan penting walaupun berada dalam situasi bencana,” kata MCMC dalam satu kenyataan media.

MCMC berkata, unit itu bersedia digerakkan ke PPS lain mengikut keperluan, menjadikan NOW sebagai simbol komitmen kerajaan terhadap kebajikan digital rakyat.

Related Articles

Back to top button