Belia Sarawak digesa ceburi pendidikan STEM, TVET
Masa depan Sarawak bergantung kepada kebolehan rakyatnya menguasai dan memanfaatkan kelebihan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) selain pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Datuk Dr Jerip Susil berkata, Sarawak kaya dengan pelbagai sumber semula jadi dan kelebihan unik dalam sektor minyak dan gas, pembalakan, pertanian juga pelancongan.
Justeru Sarawak jelasnya memerlukan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang teknikal untuk memanfaatkan sumber-sumber ini secara maksimum tetapi mampan.
“Dengan memberi asas kukuh dalam bidang-bidang ini kepada para pelajar kita, kita tidak hanya mempersiapkan mereka menghadapi cabaran pada masa akan datang tetapi meletakkan Sarawak sebagai pusat inovasi, kelestarian dan pertumbuhan ekonomi di rantau ini,” tambah
Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Sarawak itu.
Beliau sebelumnya berucap pada Majlis Perasmian Program Jerayawara Project of Dream Realized (PRO-DR) Daerah Padawan di Dewan Masyarakat Batu 10, Padawan dekat Kuching pada Rabu.
Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong berkata untuk mencapai impian itu,
Mengulas lanjut sasaran itu, beliau menegaskan Sarawak perlu memfokus kepada beberapa bidang utama seperti memperkukuhkan kurikulum dan kaedah pembelajaran di Sekolah serta memberi lebih penekanan kepada subjek STEM.
Selain itu, katanya kolaboratif dengan universiti, institusi penngajian tinggi dan industri harus digalakkan bagi mewujudkan program latihan praktikal dan industri kepada pelajar agar mereka lebih mudah memahami dan menguasai STEM.
“Pelbagai peluang kerjaya dan kejayaan dalam bidang ini juga harus dikongsi dengan umum untuk mengetepikan sebarang stereotaip dan salah tanggapan.
“Sebab itu wujud Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang sentiasa proaktif mempromosikan TVET dan pendidikan STEM melalui pelbagai program dan aktiviti untuk masyarakat juga,” tambahnya.