Semasa

KPDN rancang teruskan inisiatif e-dompet untuk pelajar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merancang untuk meneruskan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional,

Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata, langkah tersebut sebagai satu usaha menangai isu kos sara hidup dihadapai kumpulan tersebut.

Jelasnya lagi, pihak kementerian menerima cadangan tersebut menerusi Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) berikutan keberkesanan program itu yang mula dilaksanakan hujung tahun lepas.

“Menerusi program ini kita berjaya kenal pasti pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional terutama yang menetap di asrama kerana dalam kalangan mereka merupakan golongan B40 yang berdepan kesukaran dalam kos sara hidup.

“Kita tidak mahu ada golongan yang kita terlepas pandang. Saya berharap agar program ini bukan hanya dapat diteruskan malah mendapat peruntukan yang lebih banyak pada masa akan datang,” katanya.

Fuziah sebelumnya ditemui pemberita selepas hadir ke Program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan Peringkat Negeri Kelantan, di Kota Bahru pada Khamis.

Pada program itu, seramai 240 pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional daripada kumpulan isi rumah B40 sekitar Kota Bharu menerima bantuan berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan penerima setakat ini seramai 4,116 membabitkan peruntukan RM722,400.

Sebelum ini, KPDN telah melaksanakan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada golongan isi rumah B40 terutama mereka yang mendiami Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam sekitar Lembah Klang pada 2021.

Inisiatif dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) itu dimulakan sejak hujung tahun lalu khas buat pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional dengan bantuan bentuk e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut diberikan.

Sementara itu jelas Fuziah, pihaknya kini meneroka peluang libat urus dengan platform e-dompet yang boleh menawarkan baucar kepada golongan tersebut.

Related Articles

Back to top button