Negeri

EXCO termuda Kerajaan Selangor tak mahu kecewakan pengundi

Exco termuda kerajaan Selangor yang baru dilantik, Jamaliah Jamaluddin tekad untuk tidak mengecewakan pimpinan dan pengundi yang memilihnya.

Berkata kepada pemberita selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Lantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Selangor di Istana Alam Shah di Shah Alam pada Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Utama berkata, pemilihannya dalam memegang jawatan penting itu membuktikan Selangor adalah negeri progresif dan beliau amat bersyukur diberikan peluang itu.

“Umur saya 34 tahun dan agak muda. Dengan pemilihan ini, membuktikan kerajaan Selangor membuka peluang seluasnya kepada anak muda untuk berkhidmat kepada negeri dan negara.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk catch up dalam masa beberapa minggu ini dan Insya-Allah saya tidak akan mengecewakan pimpinan yang melantik saya dan pengundi yang memilih saya.

“Saya akan buat yang terbaik untuk rakyat dan negeri Selangor,” katanya.

Pada PRN lalu, Jamaliah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada penggal sebelumnya dengan memperoleh 39,845 undi dengan majoriti 35,446.

Related Articles

Back to top button