Global

PM Anwar ucap tahniah kepada PM baharu Thailand

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Srettha Thavisin yang dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand baharu, semalam.

Ucapan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menghubungi Srettha melalui panggilan telefon, petang tadi.

Melalui kenyataan dimuat naik di Facebook, Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuhkan hubungan dengan Thailand dalam pelbagai bidang.

“Saya turut mengundang beliau ke Malaysia dalam masa terdekat. Semoga hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,” katanya yang turut memuat naik video perbualan telefon berdurasi seminit 35 saat bersama Srettha di Facebooknya.

Berdasarkan video perbualan itu, Perdana Menteri menyifatkan Thailand adalah negara yang penting bagi Malaysia dan bersedia untuk meningkatkan hubungan dua hala, khususnya membabitkan aspek pelaburan, perdagangan dan diplomatik dalam segenap ruang yang ada.

Srettha turut bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara, selain berharap dapat mengadakan pertemuan antara dua pihak dengan segera.

Related Articles

Back to top button