hiburan

Kerajaan tak terlibat bawa pelajar tahfiz ke festival KEPCI

Seorang Ahli perniagaan tampil menjelaskan isu kehadiran pelajar tahfiz pada program KEPCI Music Fest anjuran KFC pada 26 Ogos di Stadium Melawati, Shah Alam baru-baru ini. Andrie Ung Han Xiang

Andrie Ung Han Xiang dalam satu kenyataan menjelaskan dia secara yang membawa remaja terbabit ke Stadium Malawati untuk memberi peluang kepada mereka merasai sendiri kemeriahan acara berkenaan.

Kerajaan dan pihak penganjur jelasnya tidak terlibat dalam isu itu yang menyebabkan kerajaan menjadi mangsa kecaman di media sosial dan dijadikan senjata oleh pihak pembangkang untuk mengkritik kerajaan perpaduan.

“Pihak KFC dan Kerajaan adalah tidak terlibat sama sekali dengan kehadiran pelajar tahfiz pada hari tersebut.

“Mereka juga tidak diberi sebarang makluman mengenai perkara tersebut.

“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada pihak saya yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan untuk merasai pengalaman menghadiri festival tersebut dan diraikan bersama-sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menjelaskan mengenai kehadiran pelajar tahfiz yang dipersoalkan pula beliau memaklumkan mereka adalah pelajar Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya TTDI Jaya.

“Mereka ini adalah dari anak-anak pelarian Rohingya beragama Islam dan hampir tidak tahu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu.

“Tujuan kami hanya ingin menghiburkan mereka kerana di dalam Islam sendiri tidak membezakan sempadan dan status pendatang haram mereka.” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ung berkata dia beranggapan konsert berkenaan berhemah kerana turut melibatkan persembahan penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza dan Bunga yang bertudung.

“Menurut perkiraan kami, tema festival tersebut adalah dibenarkan dan boleh dihadiri oleh semua warga Malaysia,” katanya.

Related Articles

Back to top button