Semasa

KKD terbuka bincang isu sekatan terhadap laman web dengan pemegang taruh

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menyekat laman web.

Timbalan menterinya, Teo Nie Ching ketika mengulas gesaan NGO antarabangsa, Reporters Without Borders (RSF) agar sekatan terhadap laman web berita dalam talian dihentikan berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu bagi mengadakan perbincangan.

“Tiada masalah untuk kita adakan dialog dengan NGO dan pemegang taruh untuk kita tengok apa prosedur operasi standard (SOP) SKMM sebelum ambil tindakan (sekat laman web),” katanya dalam sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Temon di Pulai, Johor semalam.

Mengulas lanjut, Teo berkata SKMM kebiasaanya mengambil tindakan menyekat mana-mana laman web atas arahan polis, selain bertindak terhadap pihak yang didakwa menyebarkan “berita palsu”.

“Senang untuk sebarkan berita palsu, tetapi penyebaran penjelasan (berkenaannya) selepas itu tidak sama efektif.

“Berita palsu boleh tersebar enam kali lebih luas berbanding penjelasan yang diberiā€¦Dalam kes tertentu, kita perlu ambil tindakan lebih drastik,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button