Pilihanraya

PRK: 205,810 pengundi berdaftar bakal tunai tanggungjawab hari ini

Seramai 205,810 pengundi berdaftar layak di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bakal menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (P|RK) yang diadakan hari ini.

Bagi Parlimen Pulai, seramai 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara bagi DUN Simpang Jeram ia akan melibatkan 40,301 pengundi .

PRK di kedua-dua kerusi itu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

PRK Pulai dan Simpang Jeram menyaksikan saingan tiga penjuru di dua kerusi itu, melibatkan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 2,674 petugas SPR dan anggota keselamatan ditugaskan bagi proses pengundian di Pulai, manakala 675 petugas di Simpang Jeram.

Bagi proses pengundian yang bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 5 petang esok, sebanyak 47 pusat mengundi melibatkan 294 saluran disediakan di Parlimen Pulai, manakala 14 pusat mengundi dengan 68 saluran dibuka bagi DUN Simpang Jeram.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua PRK itu sekitar 70 peratus.

Dalam pada itu, Penganalisis Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Prof Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid menjangkakan peratusan keluar mengundi esok bakal menjadi penentu kepada jumlah majoriti yang akan diperoleh pemenang di kerusi parlimen dan DUN itu.

Beliau berkata misalnya Parlimen Pulai yang menjadi kubu kuat PH selama dua penggal boleh mendapat majoriti yang lebih selesa jika semua pengundi PH dan BN keluar mengundi.

Sementara itu semakan di portal Jabatan Metrologi Malaysia setakat 11 pagi hari ini, bagi daerah Johor Bahru dan Muar diramalkan berlaku ribut petir di satu dua tempat pada sebelah pagi hingga petang esok.

Calon bagi Parlimen Pulai yang mewakili Kerajaan Perpaduan, Suhaizan Kayat dalam ceramah Gran FInale Perpaduan malam tadi menyarankan pengundi agar keluar mengundi seawal mungkin.

“Esok adalah pilihan raya kecil esok kita sama-sama mengundi awal.

“Petang dijangka hujan, kita kena pergi awal bagi memastikan kita sama-sama dapat mengundi,” katanya.

Related Articles

Back to top button