Semasa

Jangan jadikan murid ‘konten media sosial’ -Menteri Pelajaran

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi amaran tegas terhadap guru yang sengaja menggunakan anak murid sebagai kandungan laman sosial demi kepentingan peribadi mereka.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai garis panduan yang ditetapkan bagi sebarang aktiviti melibatkan pelajar sekolah dan guru diingatkan supaya mematuhi semua peraturan itu terutama berkaitan isu integriti seumpamanya yang mampu menjejaskan reputasi golongan pendidik.

“Saya mengambil maklum mengenai perkara itu dan KPM sememangnya mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi guru sekolah.

“Justeru, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pihak terlibat sekiranya didapati bersalah melakukannya,” katanya ketika ditemui pemberita pada satu acara di Shah Alam semalam.

Terdahulu, media melaporkan sikap segelintir guru yang sengaja menggunakan anak murid sebagai kandungan aman sosial demi mengejar populariti dan mendapat habuan peribadi sehingga tindakan itu mendapat kritikan ibu bapa.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) turut mendedahkan pihaknya menerima sekurang-kurangnya satu aduan sehari daripada ibu bapa mengenai anak mereka yang dijadikan kandungan peribadi media sosial guru.

Sementara itu Fadhlina mengesa ibu bapa menyalurkan aduan rasmi kepada KPM menerusi saluran yang disediakan berhubung itu tersebut agar siasatan menyeluruh dan tindakan lanjut dapat diambil.

“Jika siasatan mendapati wujud kesalahan, tindakan serta merta akan diambil kepada guru tersebut tanpa kompromi,” ujarnya.

Related Articles

Back to top button