hiburan

Rajinikanth kunjungi Anwar, terinspirasi dengan kisah perjuangan Perdana Menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsikan kunjungan pelakon terkemuka India, Rajinikanth.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar memaklumkan kunjungan itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Isnin.

Mengulas lanjut Anwar berkata, kunjungan itu sebagai penghormatan kepadanya terhadap perjuangannya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

“Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni Asia dan antarabangsa.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat,” tulisnya.

Anwar sementara itu turut memaklumkan Rajinikanth turut menyatakan minat untuk menyelitkan elemen kemasyarakatan yang diperjuangkannya selama ini untuk dimasukkan dalam filem-filemnya.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” kata Anwar pada perkongsian itu.

Rajnikanth mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1973 dan antara filem lakonan beliau termasuklah ‘Sivaji: The Boss’.

Aktor berusia 72 tahun itu dikatakan tiba di Kuala Lumpur pada malam Sabtu menaiki pesawat Malaysia Airlines dan difahamkan telah kembali ke Chennai, India semalam.

Related Articles

Back to top button