Semasa

Larangan eksport REE beri keuntungan kepada negara – Menteri MOSTI

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk melaksanakan dasar larangan eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, melalui langkah tersebut Malaysia akan mendapat jaminan pulangan maksima dari hasil itu.

Selain itu sekiranya negara mengeksport bahan mentah berkenaan, ia jelasnya tidak dapat membantu negara dalam membangunkan industri yang berkaitan sekaligus turut tidak akan dapat menggalakkan perkembangan industri hiliran menerusi teknologi dan kepakaran.

“Kita perlu membangunkan industri hiliran nadir bumi ini bagi memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.

“Dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi ini juga turut dilakukan di negara lain seperti Indonesia,” katanya.

Chang berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Gopeng 2.0 pada Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Sept lalu berkata kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber.

Anwar semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat berkata Dasar Mineral Negara baharu akan turut dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban.

Related Articles

Back to top button