Parlimen

Semua setiausaha politik menteri akan hantar surat gesa Radzi Jidin digantung Dewan

Setiausaha politik semua menteri bakal menghantar surat menuntut supaya Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin digantung daripada Dewan Rakyat atas “kelakuan biadab”.

Pengerusi Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ditemui pemberita selepas menghadiri satu acara di Kuala Lumpur pada Khamis berkata, surat itu akan dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said selewat-lewatnya pada 6 Okt ini.

Langkah menggesa penggantungan Radzi dimulakan selepas bekas menteri pendidikan itu mengeluar kenyataan jelik dan melempar tuduhan qazaf terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat minggu lalu.

“Kritik, beza pendapat boleh tapi jangan hina, aib, malu, malah cerca tak boleh jadi amalan,” kata bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu.

Shamsul pada Rabu lalu menyifatkan kelakuan Radzi di Dewan Rakyat sebagai menjengkelkan terutama ia dilakukan seorang bekas Menteri Kanan.

Apa yang dipamerkan Radzi jelasnya cerminan terhadap kegagalan menghayati prinsip Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan.

Related Articles

Back to top button