Mahkamah

Notis merah menantu Muhyiddin: Polis tunggu maklumat lanjut SPRM

Pasukan polis dilaporkan masih menunggu beberapa maklumat teknikal daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu membabitkan menantu pengerusi Perikatan Nasional (PN) , Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan menghantar permohonan rasmi memohon senarai notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Muhammad Adlan Berhan, 48, sebaik sahaja maklumat diperlukan lengkap.

Difahamkan, aspek teknikal itu melibatkan maklumat dari sudut perundangan, kesalahan dan sebagainya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa SPRM akan memohon kepada PDRM untuk memasukkan nama dua individu termasuk menantu Muhyiddin ke dalam senarai notis merah Interpol jika kesemua individu berkenaan gagal tampil untuk menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Selain menantu Presiden parti Bersatu itu, seorang lagi individu dikenali sebagai Mansoor Saat, 69, dikehendaki SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Ogos lalu, Adlan Berhan melalui peguamnya menegaskan beliau tidak melarikan diri daripada pihak berkuasa sebaliknya akan kembali ke tanah air untuk membantu siasatan selepas selesai segala urusannya.

Related Articles

Back to top button