ekonomi

Kajian Pelan Tindakan Stategik Pengangkutan Awam sedang dalam perancangan

Kementerian Ekonomi sedang dalam perancangan melakukan kajian Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Awam yang bertujuan untuk memantapkan lagi sektor itu.

Pengarah Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam kementerian itu, Hidah Misran dipetik temubual bersama Agenda AWANI memberitahu, pada fasa permulaan, kajian itu akan akan berfokus kepada penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke lokasi-lokasi lain.

“Dalam hubungan ini, antara perkara yang akan kita fokus adalah mengenai travel demand survey untuk melihat keperluan pengguna termasuk berapa hentian yang diperlukan pengguna dan perkara-perkara yang boleh dipenuhi pengangkutan awam berkenaan.

“Pada masa sama, kajian juga akan terarah kepada keperluan orang kurang upaya (OKU) dan golongan istimewa seperti ibu dan anak kecil serta warga emas,” katanya.

Topik perbincangan program bersama AWANI itu adalah berkaitan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMke-12 berkaitan pengukuhan infrastruktur dan jaringan pengangkutan negara.

Menyentuh mengenai aplikasi PULSE yang dibangunkan pada 2022, beliau berkata, ia akan dapat membantu pengguna pengangkutan awam untuk merancang perjalanan.

“Aplikasi itu memberi maklumat-maklumat mengenai jadual-jadual perjalanan pengangkutan awam seperti Rapid, transit aliran ringan (LRT) , Monorail dan Transit Aliran Massa (MRT) di #bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kuantan.

“Cuma untuk menambah baik data, kita memerlukan data masa nyata di mana ia perlu melihat pada taburan pengguna bagi membolehkan kita menyusun satu sistem pengangkutan awam.

“Namun demikian, untuk data ini berdaya saing dalam memberi sumbangan kepada pengukuhan pengangkutan awal, ia perlu juga dikongsikan dalam bentuk data raya yang mana agensi-agensi yang mempunyai data berkenaan berkongsi sesama sendiri,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button