Semasa

Fahmi utus takziah buat keluarga Salina Abdullah

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (KKD) menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Pengarang Berita Kanan Berita Harian (BH) Salina Abdullah, yang meninggal dunia pada Sabtu.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu turut mendoakan agar keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian itu diharungi mereka.

Allahyarhamah Salina, 53, dipetik laporan media meninggal dunia pada 8.20 pagi semalam di rumahnya di Subang Jaya, Selangor .

Difahamkan, Allahyarhamah menderita akibat penyakit kanser servik pangkal rahim sejak beberapa tahun lalu, serta mengalami akibat jangkitan selepas pembedahan.

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kewartawanan, Allahyarhamah pernah menyertai tugasan dalam dan luar negara termasuk liputan misi Batalion Malaysia (MALBATT) di Afghanistan.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Al Mukminin Subang Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya kira-kira jam 3 petang semalam.

Related Articles

Back to top button