Semasa

AMK lapor polis, mahu individu pertikai kuasa lembaga pengampunan disiasat

Satu laporan polis difailkan terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa memuat naik hantaran jelik dan terang-terangan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu difailkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu terhadap pemilik akaun menggunakan nama Din Den Oden .

Individu tersebut didakwa memuat naik sekurang-kurangnya dua komen di media sosial Facebook yang dilihat mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan Diraja seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kami mengesa polis mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun itu kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman awam pada masa akan datang,” kata Ketua AMK Cabang Batu Muhammad Sabda Suluh Lestari Yahya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas membuat laporan polis itu.

Muhammad Sabda sementara itu berkata pihaknya mengesan komen itu Ahad lepas kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Related Articles

Back to top button