Negeri

545 pelajar di Perak terima biasiswa MAIPk

Dana zakat berjumlah RM545,000 disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi membantu 545 pelajar pada tahun ini.

Bantuan melalui Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2023 itu sebahagiannya telah disampaikan ketika Seminar Motivasi ‘Pecutan Akhir SPM 2023’ kepada pelajar tingkatan lima tajaan MAIPk di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di Ipoh pada Sabtu.

Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Rohizan Omar pada program itu sempat menyampaikan biasiswa kepada 305 pelajar baharu tingkatan empat dan lima dari seluruh negeri itu dengan jumlah dana zakat sebanyak RM305,000.

Beliau berharap usaha MAIPk menyediakan biasiswa dapat membantu dan memastikan golongan yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna.

Malah, jelasnya, ia juga diharap membantu anak-anak asnaf meningkatkan taraf hidup mereka menerusi pendidikan seterusnya memperoleh kejayaan untuk keluarga mereka pada masa depan.

Related Articles

Back to top button