Semasa

Selangor kaji cadangan bina penempatan pelajar di Mesir

Sebagai usaha memberi keselesaan kepada anak-anak Selangor, Kerajaan Negeri meneliti cadangan membangunkan penempatan pelajar negeri itu yang menyambung pengajian di Mesir.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, penelitian terhadap cadangan itu akan dilakukan bersama agensi berkaitan.

“Insya-Allah Kerajaan Selangor akan berikhtiar bersama-sama agensi lain seperti Jais bagi membangunkan asrama buat manfaat anak-anak Selangor yang menuntut ilmu di Mesir.

“Kita cakna dan prihatin akan kebajikan para mahasiswa Selangor kerana merekalah masa depan yang akan memimpin negeri ini, Insya-Allah,” katanya melalui hantaran itu.

Amirudin berda di Mesir bagi lawatan kerja bermula Sabtu.

Beliau sempat melakukan kunjungan hormat ke Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir selain, bertemu mantan Mufti Agung Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah di kediamannya.

Beliau turut dijadual mengadakan pertemuan bersama penasihat utama Raja Abdullah, Putera Ghazi Muhammad dan menghadiri majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Jordan.

Pada 11 Oktober, Amirudin dijadual menyertai bual bicara Mahasiswa Selangor di Jordan, melawat penempatan pelajar dan merasmikan penutupan Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2023.

Related Articles

Back to top button