Semasa

Program ‘Kita Madani’ tingkat kefahaman nilai murni, wajar diperluas tanpa kira fahaman politik

Program ‘Kita Madani ‘ wajar diperluas tanpa mengira fahaman politik, kata seorang seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah.

Bau Wong Bau Ek yang merupakan ADUN Sidam berkata, program berkenaan bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan dalam kalangan rakyat terutama mengenai aspek nilai murni dalam kehidupan.

“Meskipun berbeza pemahaman politik namun pendekatan sambutan program ini memberangsangkan terutama kehadiran penduduk setempat pelbagai kaum dengan kerjasama agensi awam,swasta dan badan bukan kerajaan NGO.

“Saya rasa tiada masalah ini adalah dari jabatan penerangan jadi akan merangkumi semua tak kira fahaman politik macamana pun jadi saya ingat ok kita boleh saja kita lakukan program macam ni dan sambutan seharusnya tidak membezakan mana-mana politik dalam kawasan satu kawasan,” katanya.

Beliau berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan merasmikan program Kita Madani peringkat negeri Kedah mewakili Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari di Flat Paya Nahu di Sungai Petani.

Turut hadir adalah ADUN Bakar Arang Adam Loh Wei Chai dan Pengarah Penerangan Negeri Kedah Nasrudin Mahmud.

Sementara itu tambahnya, program yang diisi dengan Slot Santai PDRM, Bomba, Pos Malaysia,Jualan Agro Madani, Pameran, Sukan Rakyat harus diperhebatkan dari daerah ke daerah untuk memupuk semangat kebersamaan serta mendekatkan bersama pemimpin dan rakyat.

Related Articles

Back to top button