Semasa

ADUN Teruntum mahu Wisma Putra tegas tangani sindiket pekerjaan palsu

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, Sim Chon Siang menggesa Kementerian Luar Negeri mengambil tindakan tegas dan berstrategi bagi menangani sindiket pekerjaan palsu luar negara.

Chon Siang pemerdagangan manusia menerusi skim pekerjaan semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan kematian di negara itu ketika proses menyelamat termasuk yang terbaharu melibatkat rakyat Pahang yang maut ketika dalam tahanan Imegresen di Taichilek, Myanmar pada Sabtu lalu.

Menyifatkan negara itu mengamalkan sistem mafia, Chon Siang berpendapat, tugasan menyelamat mangsa perlu dilakukan di sempadan Thailand berbanding di Myanmar.

Malah sehingga kini jelasnya, terdapat lebih 1,000 mangsa terdiri dari rakyat Malaysia masih terperangkap di negara berkenaan.

”Isu sindiket pekerjaan palsu yang berleluasa berlaku di Myanmar tidak dapat diselesaikan berikutan dakwaan penguat kuasa bersengkongkol, semua tidak boleh dipercayai.

”Kementerian Luar Negeri perlu bincang dengan antara negara yang terlibat Kemboja, Thailand Myanmar, Laos bagi melaksanakan sinergi untuk membantu menyelesaikan isu ini.

”Nasihat saya jika NGO apabila hendak menyelamatkan mangsa, tindakan bijak harus diambil bagi menjamin keselamatan mangsa bukan sampai mengorbankan mangsa,” katanya ketika menziarahi keluarga mangsa pemerdangangan manusia di Kuantan.

Terdahulu seorang rakyat Malaysia dilapor maut dalam tahanan Imigresen Myanmar selepas berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia menerusi sindiket pekerjaan palsu.

Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28, disahkan meninggal dunia pada 14 Oktober lalu di Pusat Imigresen Tachileik di Myanmar setelah berada dua hari dalam tahanan.

Sebagai rekod, sejak April tahun lalu, ADUN Teruntum dari Pakatan Harapan (PH) itu dengan pasukan disertai seorang rakyat Malaysia di Thailand sudah berjaya menyelamatkan 96 rakyat Malaysia yang ‘terperangkap’ di sebuah bangunan yang menjalankan aktiviti perjudian dikenali sebagai KK Garden telah berjaya diselamatkan.

Sindiket pemerdagangan itu dilapor menjalankan modus operandi dengan menyasarkan belia Malaysia terutamanya remaja Melayu.

Related Articles

Back to top button