Semasa

Monsun: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan untuk pasaran tempatan mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, beberapa inisiatif telah dilaksana olej pihaknya sebagai persediaan awal menghadapi monsun yang diramal bermula bulan depan hingga Mac, tahun depan.

Antara langkah itu termasuklah mendapatkan bekalan ikan dari negeri atau kawasan yang tidak terjejas sekiranya monsun melibatkan pantai timur Semenanjung.

“LKIM juga ada menyediakan ikan sejuk beku yang disimpan menggunakan teknologi penyejukbekuan Individual Quick Freezing (IQF).

“Ini adalah teknologi pemprosesan yang menjamin kesegaran ikan dimana ikan-ikan itu akan dijadikan stok penimbal dan sedia untuk dipasarkan kelak,” jelasnya.

Muhammad Faiz turut memberitahum sebanyak 90 tan metrik bekalan ikan IQF disimpan dalam bilik sejuk beku milik LKIM ketika ini.

“Selain itu, rakan dagang kita iaitu pihak swasta yang bekerjasama dengan kita juga mempunyai simpanan berjumlah 1,600 tan metrik,” tambahnya dalam sidang akhbar di Kompleks Nelayan Kampung Pasir Gudang Baru, di Johor Baharu pada Sabtu.

Selain itu jelasnya, LKIM juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membeli ikan tambahan bagi memastikan bekalan produk itu mencukupi dalam tempoh berkenaan.

Beliau sebelumnya menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Negeri Johor

Turut hadir, Pengarah LKIM Johor, Intan Suhaila Othman dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Johor Selatan, Azli Mohd. Aziz.

Pada program itu, seramai 68 nelayan di bawah PNK Johor Selatan menerusi bantuan dibawah Program Peningkatan Pendapatan, Insentif dan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touch Point).

“Bantuan ini bertujuan meningkatkan pendapatan nelayan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan selain menambah kecekapan serta kemahiran mereka ke arah peningkatan produktiviti sektor perikanan,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, pihaknya berharap nelayan tempatan akan bersikap lebih proaktif dalam memodenkan teknik penangkapan dengan menguasai teknologi perikanan terkini.

Related Articles

Back to top button