Anwar

PM Anwar bertemu Presiden Singapura, sepakat perkukuh hubungan dua hala

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di The Istana, hari ini.

Pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara dua hala termasuk ekonomi.

“Dalam pertemuan ini, kami sepakat menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dan Singapura, khususnya dalam sektor ekonomi.

“Presiden Tharman turut menzahirkan maklum balas positif terhadap langkah progresif Malaysia menangani kesenjangan ekonomi dalam kalangan rakyat, terutama menerusi pengumuman dalam Belanjawan 2024,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa yang sama, Anwar turut menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Tharman sebagai Presiden Singapura ke sembilan bulan lalu.

Anwar ke Singapura untuk sesi permukiman pemimpin kedua-dua negara.

Ini merupakan sesi permukiman pertama Anwar bersama Singapura sejak menjawat jawatan Perdana Menteri, tahun lalu.

Sebelum ini, beliau pernah dua kali berkunjung ke Singapura sempena lawatan rasmi pada Januari dan menyertai Sidang kemuncak Asia ke-10 Milken Institute, bulan lalu.

Related Articles

Back to top button