Negeri

IMPAK Selangor dilaksana tahun depan, bantu pengasuh dapatkan lesen

Kerajaan Negeri Selangor akan melaksana sepenuhnya Program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Selangor (IMPAK Selangor) mulai tahun hadapan.

EXCO pembangunan wanita Anfaal Saari berkata, program tersebut menawarkan latihan atau kursus penjagaan kanak-kanak dengan tumpuan kepada pengasuh yang mempunyai anak asuhan tidak melebihi empat orang.

“Program ini untuk manfaat pengasuh di rumah yang tidak berdaftar. Menerusi program ini, mereka dibantu dengan kursus yang menawarkan kemahiran profesional.

“Pengasuh di rumah juga memerlukan kemahiran dalam penjagaan dan penting bagi memastikan kanak-kanak ini dijaga dengan kaedah yang betul, sekali gus menjaga keselamatan,” katanya di petik laporan Selangorkini pada Khamis.

BACA LAGI: Selangor lunas lima manifesto dalam tempoh kurang 100 hari pentadbiran

Anfaal yang juga ADUN Taman Templer sementara itu berkata, kerajaan Selangor sudah mewujudkan garis panduan pembukaan taska bagi memudahkan permohonan susulan garis panduannya sebelum ini berlainan mengikut pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah masing-masing.

“Permohonan lebih mudah dengan garis panduan, namun masih mengikut peraturan demi keselamatan. Negeri mahu gunakan pendekatan lebih mesra kerana setiap permohonan memerlukan kos tinggi,” katanya.

IMPAK Selangor adalah program kendalian Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) untuk membantu pengasuh tidak berdaftar terutama di rumah mendapat lesen sebelum diberikan latihan.

Related Articles

Back to top button