Global

Komuniti perniagaan dunia Arab dijemput melabur ke Malaysia

Perdana Menteri giat menarik pelabur asing ke Malaysia selain memperkukuh hubungan dengan dunia antarabangsa

KOMUNITI perniagaan di Arab Saudi dipelawa untuk membawa lebih banyak pelaburan ke Malaysia.

Gesaan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucap tama pada majlis perjumpaan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi dan Malaysia di ibu pejabat Islamic Development Bank (IsDB) di Jeddah semalam.

Dihadiri ratusan ahli perniagaan, Anwar berkata Malaysia yang dipimpinnya kini mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.

Malah beliau sendiri komited untuk memudahkan urusan perniagaan di negara ini dengan melakukan pembaharuan yang menyokong perniagaan dan agenda MADANI.

“Sehubungan itu, saya meminta sebahagian daripada komuniti perniagaan untuk menghantar delegasi selepas Ramadan dan mengadakan pertemuan dengan rakan perniagaan anda.

“Kami sudah tentu menggalakkan anda untuk melabur dalam bidang seperti yang saya nyatakan sebagai keutamaan kami iaitu teknologi digital, sekuriti makanan, dan sudah tentu, infrastruktur di negara ini dan kami mengharapkan penglibatan aktif anda di Malaysia,” katanya.

Anwar sedang mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke negara itu untuk berbincang dan meneroka kerjasama baharu.

Lawatan beliau atas jemputan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button