Global

PM imamkan solat tarawih di Hainan

 

Lawatan rasmi Perdana Menteri ke China dianggap penting bagi mengukuhkan hubungan dan ekonomi

PERDANA MENTERI  Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus tiba ke Republik China meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat di Hainan.

Dipetik laporan berita, Anwar turut mengimamkan solat Maghrib dan menunaikan solat sunat terawih di Hotel Boao Golden Coast disertai delegasi Malaysia ke Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023), 

Wakil komuniti Islam setempat, Chen Yijiang yang pernah tinggal di Malaysia selama 10 tahun dipetik laporan Bernama berkata, beliau berasa gembira dapat bertemu dan berbuka puasa dengan Perdana Menteri.

Beliau yang merupakan Imam Masjid Nankai di Daerah Tianya berharap kedatangan Anwar akan memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dengan China.

Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas petang bagi menghadiri BFA 2023 sekali gus memulakan lawatan rasmi empat hari beliau ke China. 

Lawatan ke China disifatkan amat signifikan kepada pengukuhan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Ini penting bagi meningkatkan kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Pertemuan kali ini juga dijangka akan memberi limpahan ekonomi yang lebih konprehensif berdasarkan 14 jumlah MOU yang dijadual akan dimetrai antara Malaysia-China.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button