Nasional

PM umum kadar sewa bazar Perbadanan Putrajaya dikurangkan

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menyampaikan berita gembira kepada
penjaja dan peniaga kecil dibawah Perbadanan Putrajaya.

PM Anwar disenangi rakyat pelbagai lapisan

Dalam
ucapanya pada pelancaran Program Jualan Agro Rahmah Bazar Ramadan
Presint 3, Anwar berkata kadar sewa lot bazar  dibawah kendalian
Perbadanan Putrajaya diturunkan dari RM1,000 kepada RM850.
Jelasnya,
ia sebagai inisiatif kerajaan bagi mengurangkan bebanan kumpulan itu
yang terpaksa menanggung kos tambahan RM150 berbanding kadar sewa yang
ditetapkan pada tahun-tahun sebelum ini.
“Saya dapati Perbadanan
Putrajaya telah menaikkan kadar sewa bagi bazar Ramadan Putrajaya di
Presint 3 kepada RM1,000 bagi setiap lot.
“Bagi
membantu para penjaja dan peniaga kecil kos mengurangkan kos operasi,
sukacitanya saya umumkan pengurangan kadar sewa ini kepada RM850 sebulan
sebagaimana tahun-tahun sebelum ini,” katanya.
 
Mengulas lanjut, Anwar berkata, setakat ini pengurangan kadar sewa lot bazar hanya ditetapkan sepanjang bulan Ramadan.
Namun begitu menurutnya, kerajaan mungkin akan meluaskan inisiatif itu sekiranya ia mendapat sambutan mengalakkan. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button