Nasional

Kerajaan letak keutamaan tangani isu kritikal, kata menteri KKD

KERAJAAN PERPADUAN akan memfokus kepada beberapa keutamaan
yang memainkan peranan penting dalam menangani isu kritikal, kata
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil.

Isu iklim dan jaminan makanan antara perhatian
Bercakap daam satu
program sempena Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi (LISF) 2023 semalam,
Fahmi brkata, kesemua keutamaan itu yang bakal dilaksana tahun ini
adalah termasuk membangunkan model pencegahan bagi bencana alam,
kesihatan dan keterjaminan makanan, sistem untuk merapatkan jurang
antara masyarakat luar bandar dan bandar serta inisiatif inovasi sosial
dalam usaha menambah baik kehidupan rakyat berpendapatan rendah.
Tambahnya, antara instrumen penting dalam menangani kesemua cabaran ialah melalaui penggunaan teknologi angkasa.
 
“Walaupun
sesetengah orang mungkin bimbang mengenai hala tuju teknologi maju
termasuk peningkatan potensi ke arah kemusnahan bumi, teknologi angkasa
bukan sahaja mampu membawa manfaat ketara yang besar dalam pelbagai
bidang kehidupan tetapi juga telah memperdalam pemahaman mengenai apa
yang dianggap sebagai intipati kemanusiaan.
“Kemajuan dalam
teknologi angkasa sudah pasti akan mengubah realiti fizikal pada abad
berikutnya dan mungkin memastikan kelangsungan hidup manusia,” katanya
dipetik.
Ketua Penerangan KEADILAN itu turut menegaskan, Malaysia
tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan teknologi angkasa sebagai
sebahagian daripada pembangunan negara secara keseluruhan.
Sementara
pada program serupa Fahmi berkata, seperti yang digariskan dalam
program Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030), sektor angkasa lepas
dijangka menyumbang sehingga RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar menjelang 2030 melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Angkasa
Negara 2030.
Beliau berkata kesemua keutamaan ini adalah selaras
dengan rancangan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN)
2021-2030 ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi
menjelang 2030.
“Bagi menjayakan usaha kerajaan untuk menjadikan
angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara, Akta Lembaga Angkasa
Malaysia 2020 telah diwartakan pada 25 Jan 2022 dan berkuat kuasa secara
separa pada 4 Ogos dengan matlamat ia dikuatkuasakan sepenuhnya
menjelang akhir tahun ini.
“Ini membuktikan Malaysia memiliki
ekosistem angkasa yang sanggup menyokong bukan sahaja program kerajaan
tetapi yang lebih penting, pemain domestik dalam industri swasta dan
rakan kongsi antarabangsa mereka,” tambahnya.
 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button