Nasional

KPM mula usaha selesai isu pengangguran graduan pendidikan

ISU graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), yang
berdepan masalah penempatan di sekolah dijangka selesai tidak lama lagi.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian
bersama bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah
memulakan usaha proaktif ke arah itu dan berharap ia dapat diselesaikan
secara berperingkat tahun ini.

Usaha proaktif telah dimulakan kerajaan

 

“Kita (KPM) sudah ada buat usaha
dengan SPP untuk menangani isu itu. Gerakan dan tindakan proaktif kita
adalah bersama SPP,” katanya sambil menegaskan pihak kementerian akan
mengambil pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
(NUTP) dalam isu itu.
Fadhlina ditemui pemberita selepas
melancarkan Buku Sokongan Pendidikan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP),
sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat
Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu.
Media sebelum ini
melaporkan seramai 4,390 lepasan ISMP menamatkan pengajian masing-masing
antara 2011 hingga 2020, namun sebahagiannya masih tidak mendapat
panggilan temu duga untuk ditempatkan di sekolah.
Pada Ahad
lepas, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
berkata, kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan KPM, untuk mencari
kaedah berhubung isu lambakan siswazah perguruan di negara ini.
NUTP
berkata, kecenderungan universiti awam dan swasta dalam melahirkan
siswazah perguruan tanpa unjuran keperluan KPM, menyumbang kepada isu
pengangguran dalam kalangan graduan bidang tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button