Negeri

Beri peluang PH terus tadbir Pulau Pinang

RAKYAT Pulau Pinang digesa memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin yang cerdik untuk terus mentadbir kerajaan negeri itu.

Jangan buat keputusan yang merugikan masa depan

Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berharap Pulau Pinang
akan terus kukuh sebagai negeri milik Pakatan Harapan (PH) dan beliau
di peringkat Kerajaan Pusat akan melakukan yang terbaik membantu negeri
itu menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul.

”Pulau Pinang kena bagi orang cerdik perintah, saya ingin terangkan bahawa kita kena faham betul-betul.

”Dulu
ada orang kata kalau Anwar perintah habis orang Melayu, tutup habis
sekolah agama, dulu masa kempen orang kata bila Anwar jadi Perdana
Menteri tudung semua tak boleh pakai, habis ini (orang-orang pakai
tudung) apa.

”Jadi, saya minta Pulau Pinang terus kukuh (di bawah
PH), saya berhubung rapat dengan Ketua Menteri (Chow Kon Yeow), apa
yang boleh Kerajaan Pusat selesaikan kita bantu selesaikan, apa yang
perlu negeri selesaikan, negeri selesai,” katanya.

Pengerusi PH
itu berkata demikian dalam ucapan selepas sesi ramah-mesra bersama warga
Balik Pulau di tapak pasar malam di pekarangan Masjid Daerah Barat Daya
semalam.
 
Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau akan meneruskan
langkah reformasi untuk mengubah negara ke arah kebaikan dengan
sedaya-upaya.

Tegasnya Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya
namun rakyatnya hidup dalam miskin kerana berlaku amalan curi harta
rakyat yang dilakukan sebahagian pemimpin.  

”Tidak kira ‘hang’
pakai serban, baju kot atau semua, Tan Sri, Tun, atau daripada parti
manapun, kalau hang curi duit, kita masukkan (penjara), bilik saya di
Sungai Buloh (penjara) kosong lagi,” katanya dipetik. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button