Semasa

Tiga ulama tersohor beri tausiyah di Seri Perdana

TIGA cendekiawan tersohor dunia Islam hadir menyampaikan tausiyah atau nasihat panduan keagamaan di Kompleks Seri Perdana malam tadi. 

PM sifatkan ketiga mereka sebagai guru peribadi

Antaranya Imam Masjid Al-Aqsa dan juga bekas Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Ekrima Said Sabri dan ulama ternama British kelahiran Mesir, Sheikh Ahmad Mohamed Saad Maliki Al-Azhari Al-Hasani.

Majlis itu turut dihadiri ulama terkenal Gambia, Sheikh Muhammad Haydara Al-Jilani.

Lebih 1,000 orang memenuhi dewan bankuet kompleks kediaman rasmi itu bagi mengikuti sesi Majlis Ilmu MADANI yang disampaikan oleh ketiga-tiga mereka selepas solat Maghrib.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menyifatkan tiga ilmuwan berkenaan sebagai guru peribadi banyak membimbing dirinya mengenai pengajian Islam sejajar konsep Malaysia Madani yang dicetuskannya. 

Pada ucapan ringkasnya, beliau menegaskan penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman mengenai maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai.

Ia terutamanya membabitkan nilai asas pembentukan negara MADANI iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah.

“Gunakan ini untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang, dalam kemampanan ekonomi, dalam teknologi digital, dalam konsep ihsan dan rahmah untuk mengurangkan beban rakyat miskin serta pembelaan umat secara keseluruhan,” kata Anwar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button