Semasa

PM dedah terima ugutan lepas nyata tekad lawan rasuah

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mendedahkan menerima pelbagai bentuk ugutan daripada ‘geng penyakau besar’.

Anwar tak gentar terhadap sebarang ugutan

Dipetik laporan Sinar, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, ugutan diterima selepas kerajaan pentadbirannya bertekad menghapuskan rasuah dan menyelamatkan negara daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara.

Bagaimanapun tegasnya, beliau tidak gentar terhadap ugutan itu malah bertekad untuk mempertahankan prinsip melawan rasuah dan salah guna kuasa.

“Macam-macam ugutan saya terima, geng-geng kaya raya ini dah berpakat. Saya tak ada masalah, itu kerja dia.

“Geng-geng penyakau besar berbilion-bilion berpakat sekarang ini nak buat hidup Melayu…hang (kamu) buat lah, saya lawan tetap lawan untuk pertahankan prinsip ini,” katanya.

Anwar membuat pendedahan itu dalam ucapan di kenduri korban dan solat Jumaat di Masjid Jamek An-Nur, Kampung Guar Perahu di Permatang Pauh. 

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau terbuka untuk ditegur dan dikritik sekiranya terdapat kelemahan dalam pentadbiran kerajaannya, namun bukan difitnah tanpa fakta dan penilaian yang adil.

Beliau mengakui dirinya mungkin ada kekurangan serta kelemahan dan bersedia ditegur, namun bukan dicerca dan fitnah.

“Politik ini bukan fitnah…boleh kritik kerana saya bukan betul semua, saya pun ada kekurangan mungkin saya tak tahu, mungkin saya ada kelemahan tapi bagi tahu la.

“Tapi cerca dan fitnah ini tak boleh, tidak kira sesiapa pun Cina atau Melayu, pakai kopiah atau kot, ini tak boleh,” tegasnya. 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button