Semasa

Kerajaan teliti cadangan pengeluaran KWSP berkala – PM

Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai bantahan terhadap cadangan mewajibkan pengeluaran bulanan berkala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila pencarum mencapai usia 55 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Putrajaya sedang memuktamadkan butiran cadangan itu dan ia bergantung kepada kapasiti KWSP.

“(Cadangan) itu masih di peringkat akhir.

“(Ketua Pegawai Eksekutif KWSP) tadi ada (maklumkan) beberapa tentangan, terutama dalam kalangan (pencarum) yang simpanannya terlalu kecil,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Anwar sebelumnya ditemui pemberita selepas satu acara di Kuala Lumpur pada Khamis.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilapor media sebagai berkata, KWSP tidak menolak menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun yang ketika ini adalah secara sukarela kepada mandatori bagi ahli baharu pada masa depan.

Ia berbeza dari kebiasaan ketika ini dimana mencapai usia 55 tahun, mereka boleh membuat pengeluaran penuh atau sebanyak mana yang mereka kehendaki.

Dengan mewajibkan pengeluaran berkala, ia dilihat mampu memberi peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik selain memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.

Walau bagaimanapun jelasnya, penyelidikan dan perbincangan lanjut dengan kerajaan perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Related Articles

Back to top button