Semasa

Mindef kemuka syor kepada JPA selesai isu pencen veteran ATM

Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung isu perbezaan amaun pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pihaknya mengambil berat isu itu selain sentiasa mengemukakan cadangan-cadangan baharu bagi meningkatkan mutu kehidupan anggota tentera.

“Kita telah mengadakan beberapa kali mesyuarat dan kemukakan cadangan, cuma kita harus ada perbincangan (lebih teliti antara) pihak kita dengan pihak JPA,“ katanya.

Beliau sebelumnya ditemui pemberita pada program Sembang Santai Persatuan Veteran Selangor bersama Timbalan Menteri Pertahanan, di Kuala Selangor pada Khamis.

Perdana Menteri baru-baru ini memaklumkan kerajaan memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai hingga Disember tahun ini dibayar menggunakan amaun pencen asal.

Perkara itu selaras keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Jelasnya, bayaran pencen bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013 dikembalikan kepada amaun Disember 2012, manakala pegawai awam yang bersara mulai 2013 bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara

Sementara itu jelas Adly, pihaknya juga akan melihat bantuan lain yang sesuai untuk disalurkan kepada mereka yang berpencen selepas 2013.

“Kita akan lihat aspek-aspek itu kerana yang paling penting adalah bagi yang berpencen (selepas) 2013 ini, (jika memerlukan) bantuan sara hidup pun boleh kita salurkan.

“Kalau mereka benar-benar dalam kumpulan sasar dan mereka telah terima sebahagian pendapatan, kalau tidak cukup kita tambah dengan bantuan sara hidup,“ katanya.

Related Articles

Back to top button