Semasa

PM beri peruntukan tambahan RM50 juta, perluas inisiatif Rahmah

Inisiatif ‘Rahmah’ bakal diperluas ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bagi membantu meringankan beban rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program Rahmah menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah, dilihat sebagai antara elemen penting dan utama dalam usaha kerajaan menoktahkan miskin tegar tahun ini.

“Inisiatif Rahmah ini berjaya mengurangkan harga 10-15 peratus tetapi kalau macam Menu Rahmah itu dalam sejam atau dua jam habis.

“Sambutan terhadap inisiatif Rahmah ini sangat baik terutama di luar bandar dan ada juga di bandar yang melibatkan golongan miskin bandar.

“Tapi sekarang ini satu kawasan Parlimen satu, jadi saya minta diperluaskan, walaupun small scale tetapi kita target yang betul-betul miskin, khusus untuk Jualan RAHMAH,” katanya di Majlis Penutup Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Kuala Lumpur pada Ahad

Sehubungan itu jelasnya, sebanyak RM50 juta peruntukan tambahan diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menjayakan usaha itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut memaklumkan pelantikan Menteri KPDN yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dibuat selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Ketika ini jelasnya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.

Related Articles

Back to top button