Rakyat boleh terima faedah besar sekiranya terus bersama Kerajaan Perpaduan
Rakyat perlu memberi ruang dan peluang kepada Kerajaan Perpaduan bagi mentadbir negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Ogos ini.
Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rakyat akan mendapat manfaat besar ditadbir Kerajaan Perpaduan, namun keadaan berbeza jika memilih parti yang hanya pandai menyemai bibit kebencian dan permusuhan.
“Berilah masa (peluang) dalam pilihan raya kali ini kepada gabungan Barisan Nasional, Pakatan Harapan di dalam Kerajaan Perpaduan. Kita tengok dalam tempoh lima tahun ini apa yang dapat kita buat, apa faedah yang dapat kita berikan kepada rakyat Negeri Sembilan.
“…Sebab sebelum ini tak dapat cukup lima tahun di peringkat Persekutuan, kali ini kita ada gandingan biru dan merah (BN-PH).
“Lima tahun sahaja, selepas itu kalau betul kita tak berjaya, kalau betul bila nanti kita lupa kepada rakyat itu hak masing-masing. (tukar kerajaan),” katanya ketika berucap di program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah pada malam Selasa.
Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata, selepas perubahan di peringkat pusat berjaya dilakukan, kini di peringkat negeri supaya dapat selaraskan dasar-dasar untuk membawa perubahan kepada seluruh rakyat khususnya di negeri ini.
“Pelabur juga telah mula datang ke negara ini selepas melihat adanya sebuah kerajaan pusat yang stabil dengan jumlah kerusi melebihi dua pertiga.
“Momentum ini harus dipertimbangkan pengundi di enam negeri terbabit Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan akal fikiran yang waras dan bijak dan tidak hanya menggunakan emosi semata-mata,” katanya.