Negeri

Anwar gesa pengundi Negeri Sembilan pertahan Aminuddin sebagai Menteri Besar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Negeri Sembilan mempertahankan kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar .

Anwar pada ucapan di program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuan di Dataran Kampung Pachitan malam tadi berkata, ia bagi mempermudah dan melancarkan kerjasama antara gabungan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Selain itu jelasnya, langkah tersebut juga adalah bagi meneruskan perancangan dan memastikan kelangsungan kerja yang telah dilaksanakan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Aminuddin sebelum ini.

“Inilah politik sekarang ini, saya mahu huraikan, pertahankan Aminuddin sebagai Menteri Besar. Ini memudahkan lagi untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, penduduk Port Dickson begitu berjasa kepada beliau dan kawasan Parlimen itu amat ‘istimewa’ buat dirinya.

“Orang Port Dickson berjasa pada saya, bukan saya mahu lari dari Port Dickson ini ke kawasan Tambun tetapi di ssitu (Tambun) adalah kawasan musuh. Port Dickson sudah kuat dan calon baik, saudara Aminuddin saya serahkan (Port Dickson). Saudara, kawan-kawan kena tahu ini, ini ujian pertama boleh bertanding jadi, saya tidak boleh lupa Port Dickson.

“Kawasan Parlimen yang istimewa bagi saya tentunya Permatang Pauh, kedua Port Dickson dan ketiga Tambun kerana saya wakil Tambun sekarang,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button