Pilihanraya

MB Selangor antara terawal mengundi, naik vespa elak kesesakan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari antara pemimpin terawal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Amirudin dilapor bersama isteri, hadir ke pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Selayang Baru dengan menunggang motosikal vespa pada jam 8.23 pagi.

Ditanya mengenai perasaan beliau pada hari pengundian, beliau hanya berserah kepada ALLAH SWT selepas berusaha, namun optimis 80 peratus undi rakyat adalah Pakatan Harapan (PH) menang sekaligus membolehkan gabungan itu menyambung pentadbiran.

“Saya bangun cepat, isteri kejut, sempat solat berjemaah.

“Sama-sama berdoa harap menang, kita sudah berusaha 12 hari berkempen dan hari ini menentukan masa depan negeri-negeri,.

“Saya harap undi meningkat khususnya daripada undi Melayu supaya kita dapat ‘secure’ 40 ke 41 kerusi,” jelasnya.

sementara itu Amirudin menjelaskan, beliau memilih untuk menunggang motosikal hari ini bagi memudahkannya meninjau pusat pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan mengelak kesesakan lalulintas.

Related Articles

Back to top button