Negeri

Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang melafazkan sumpah memegang jawatan itu dihadapan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada pukul 9.35 pagi tadi.

Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Surat Sumpah Rahsia Ketua Menteri berlangsung di Seri Mutiara iaitu kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir ialah isteri Kon Yeow, Tan Lean Kee, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Sayuthi Bakar, dan pimpinan Barisan Nasional (BN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.

Dalam PRN yang berlangsung semalam, Kon Yeow menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota dengan majoriti 7,116 mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), H’Ng Khoon Leng yang memperoleh 1,145 undi.

Related Articles

Back to top button