Pilihanraya

PRK Sungai Bakap: Calon PH akan diumum minggu depan – Anwar

Calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan diumumkan pada minggu hadapan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ditemui media seusai melaksanakan solat jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, hari ini.

Anwar berkata, setakat ini terdapat cadangan untuk meletakkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) untuk kerusi berkenaan dan ianya bakal dimuktamad dalam satu mesyuarat kepimpinan parti nanti.

“Kita dah ada senarai, kita sudah ambil calon yang layak. Ramai yang layak. InsyaAllah kita umum pada minggu depan.

“Tarikhnya saya minta Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli umumkan. Tengok tarikh yang sesuai minggu depan.

“Tapi selalunya, proses ini kita bincang dengan kepimpinan parti. Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) untuk kita maklum dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai.

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

Related Articles

Back to top button