KEADILAN Kelantan sedia kerangka awal hadapi PRU
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) negeri Kelantan sudah menyediakan kerangka awal serta strategi untuk mendekati rakyat negeri itu,
Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Suparadi berkata, langkah tersebut merupakan persiapan awal parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Sebagai sebahagian persediaan menawan Kelantan, pihaknya juga melihat keperluan untuk mengangkat tokoh-tokoh muda dan wanita sebagai pemimpin
“Kerangka kerja telah ada tetapi saya tidak boleh mendedahkannya dan ia akan diputuskan apabila kita berbincang dengan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan pada 4 Nov nanti.
“Saya mahu KEADILAN Kelantan menjuarai isu dan permasalahan masyarakat di negeri ini supaya rakyat dapat menilai serta berfikir pilihan terbaik,” katanya.
Mohamad Suparadi sebelumnya menghadiri Majlis Jalinan Mesra antara Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kelantan dengan pengamal media di negeri itu.
BACA LAGI: Pembangkang gagal bawa isu kepentingan rakyat – Danial Al Rashid
Terdahulu, Naik Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar menyeru pemimpin dan anggota peringkat cabang di negeri Kelantan melipatgandakan usaha menambah keahlian baharu menjelang PRU akan datang.
Beliau dilapor berkata, parti itu sudah mula mendapat kepercayaan di Kelantan kerana teras prinsip keadilan kepada rakyat